renaissance89
Dunia digemparkan dengan serangan bertalu talu dari tentera zionis ke atas bumi Gaza menyebabkan ribuan nyawa terkorban. ini bukan sahaja mengguris hati umat islam seluruh dunia tetapi juga keseluruhan umat manusia disebabkan pelanggaran hak asasi manusia, kekejaman dengan mengenepikan prinsip kemanusiaan ataupun karamah insaniah. Nilai kemanusiaan sejagat telah dilupakan. Saya katakan ini adalah isu umat kerana melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa. Human dignity masyarakat Palestin sama sekali telah diaibkan.
Seperti kebiasaan, badan dunia termasuk PBB tidak langsung mengambil tindakan yang meyakinkan untuk membendung serangan zionis.Di seantero dunia, masyarakat di pelbagai Negara menyatakan bantahan keras mereka dengan mengadakan tunjuk perasan. Di Indonesia umpamanya, puluhan ribu rakyat turun ke jalan raya Jakarta berdemonstrasi mengutuk serangan tentera zionis. Beribu ribu umat islam Sydney mengadakan tunjuk perasaan di australia dan membakar bendera Israel termasuk patung perdana menteri Israel. Di Malaysia juga tidak terkecuali. Solat hajat dan demonstrasi diadakan hampir di seluruh Negara mendokan keamanan dikembalikan buat Palestin. Begitu juga IPTA tempatan. Hasil usaha mahasiswa membangkitkan kesedaran terhadap isu ini, beberapa siri tunjuk perasaan telah diadakan termasuk di UKM,UM,dan UTM.
Dalam isu ini, mahasiswa harus lebih responsive. Mahasiswa merupakan suatu kelompok anak muda yang intelek, dan agresif serta mampu menggegarkan . sebab itu saya melihat rapat umum yang diadakan memperlihatkan keupayaan mahasiswa untuk bersatu menyatakan bantahan keras terhadap serangan regim zionis. Perkumpulan seperti ini juga secara tidak langsung menzahirkan doa untuk kesejahteraan rakyat Palestin.Kemenangan besar Barack Obama yang pada mulanya memberi suatu harapan buat umat islam seluruh dunia, akhirnya member kekecewaan. Tidak ada beza antara Bush dan Obama yang secara terang terangan menghalalkan darah umat islam. Mereka hanya mahu melihat Islam ini diperkotak katikkan.
Malaysia selaku Pengerusi O.I.C harus menyatukan Negara-negara islam mengerah tenaga bersama membantu umat islam Palestin. Kita harus bertindak sebelum lebih ramai terkorban.Kita selaku mahasiswa, demi mambangkitkan kesedaran masyarakat pelbagai usaha wajar kita ambil. Tidak ada gunanya hanya bercakap tentang isu ini tanpa mengambil apa-apa tindakan. kita mahasiswa, terutamanya muslim harus peka, dan bukan pekakkan telinga. Peranan yang boleh kita ambil adalah mempergiatkan usaha kutipan derma, mengedarkan risalah dan menganjurkan forum. Jangan kita membisu dan kaku terus menerus. Bangkitlah mahasiswa sekalian!

No comments:
Post a Comment