Program amal yang ingin dianjurkan oleh kami,Mahasiswa Undang-Undang tahun 1 adalah secara menyeluruh .Ianya merangkumi segala jenis pertolongan yang mampu kami berikan dalam bentuk dana kepada mereka yang memerlukan.Program ini dilaksanakan atas kesedaran kami yang tinggi tentang peri pentingnya penglibaan pelajar-pelajar universiti dalam hal ehwal masyarakat dan isu global .Selain daripada membantu mereka yang memerlukan,memberi pendedahan tentang isu semasa,program ini mampu merapatkan hubungan silaturahim antara kami,masyarakat dan seterusnya meningkatkan nama universiti sendiri.Program ini tidak sama sekali melibatkan isu keagamaan,politik ataupun mana-mana pihak tertentu.
Program amal yang pertama yang akan dianjurkan tahun ini adalah khusus mengenai isu peperangan di Palestin. Pada 27 Disember 2008 yang lalu, Israel telah memulakan perang ke atas Palestin. Sejak dari hari itu, serangan dari fasa ke fasa telah membunuh lebih daripada 1,000 orang dalam masa kurang sebulan. Penggunaan fosforus putih oleh Israel, yang mana dikira senjata kimia paling berbahaya di dunia telah menyebabkan ribuan penduduk cedera parah. Tidak kurang dengan itu, kota Gaza hancur dibedil oleh tentera-tentera Israel. Segala pusat kemudahan seperti hospital, sekolah, pusat awam dan pelbagai lagi telah musnah. Pencerobohan ini, telah mengakibatkan seluruh penduduk Palestin menjadi pelarian di negara sendiri.
Isu Israel-Palestin ini telah diambil serius oleh pelbagai pihak. Atas nama memperjuangkan hak asasi manusia, tindakan- tindakan drastik dan berani telah diambil oleh pemimpin-pemimpin dipersada antarabangsa, badan-badan organisasi , NGO dan juga rakyat di seluruh dunia. Usaha-usaha seperti, mengarahkan tentera Zionis melakukan genjatan senjata, pemboikotan barangan Israel-Amerika Syarikat, cadangan bagi membawa Israel ke tribunal jenayah, menghadapkan Israel ke Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, demonstrasi-demonstrasi jalanan, kutipan dana-dana dan lain-lain adalah tanda protes dan bantahan dunia terhadap Israel kerana menceroboh bumi Palestin.
Menurut peruntukan Artikel 8 di bawah Statut Rome Israel boleh diheret ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), dimana Israel boleh dikenakan tindakan antaranya memberhentikan jenayah perang dan menarik balik tenteranya dari wilayah yang diduduki. Artikel itu membenarkan bidang kuasa mahkamah itu untuk menangani kes-kes jenayah perang khususnya apabila ia melibatkan jenayah perang yang terancang.
Selain itu, tindakan kejam Israel mengepung Gaza yang mana bertujuan untuk membunuh, membawa kepada kemudaratan tubuh dan mental dan secara sengaja menjejaskan kehidupan masyarakat yang boleh membawa kepada kemusnahan sebahagian atau keseluruhannya adalah termaktub dalam Artikel II Perjanjian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid.
Sebagai pelajar undang-undang yang bakal bergelar pengamal undang-undang di suatu hari kelak , isu global ini adalah dianggap penting dan wajar diberi perhatian oleh kami. Adalah baik sekali, sekiranya disambil membantu warga Palestin, kami juga dapat menyebarkan ilmu, idea-idea dan seterusnya membawa masyarakat membuka minda untuk berfikir sejenak tentang kemelut yang dilanda dunia era kini.
Dipetik dari kertas kerja program DAMAI UNTUK DUNIA: Doa Untuk Palestin

A very nice work! Video clip best,
ReplyDeletemana nak dapat link nya?
Petikan kertas kerja?
2-3 kali saya baca, rupa-rupanya hasil tulisan sendiri, maaf lah ayat berterabur
Tolong betulkan nama program yang dibawah sekali tu,
nama kertas kerja adalah Damai Untuk Dunia:Doa Untuk Palestin,
thanx 4 the appreciation and correction
ReplyDelete